Please email us at bmjota2008[at]yahoo.com (replace [a] with @) for the competition information.
Sila emel kami di bmjota2008[at]yahoo.com (tukar [a] dengan @) untuk maklumat Pertandingan Perkhemahan JOTA - JOTI Daerah Bukit Mertajam 2008.
Kelas 1 – Memasak ala Rimba (Backwoods Cooking)
Satu Patrol terdiri daripada 3 orang peserta
Satu Patrol diberi masa sebanyak 160minit untuk menyediakan hidangan untuk 2 orang, iaitu:
Nasi dalam buluh
Ubi
Roti Lilit
Telur
Minuman
Hidangan Utama * Bahan misteri
5 minit sebelum pertandingan bermula, bahan misteri akan diberikan kepada patrol. Bahan misteri adalah WAJIB digunakan untuk hidangan utama. Contoh bahan misteri : ikan, udang, ayam, dsb.
Jawatankuasa Pertandingan akan menyediakan bahan-bahan yang wajib digunakan seperti berikut:
Jagung
Beras
Telur
Ubi
Bahan Misteri
Patrol dikehendaki membawa kayu api, buluh dan peralatan memasak, pinggan dsb.
Patrol juga dikehendaki membawa batu-bata, kepingan zink agar kawasan memasak kelihatan kemas.
Hanya bahan-bahan semulajadi boleh digunakan untuk memasak dan menghidupkan api.
Bahan perisa dan rempah serta sayur-sayuran adalah dibenarkan.
Markah akan diberi berdasarkan kebersihan, kreativiti, rasa, cara menghidupkan api dsb.
Jawatankuasa Pertandingan berhak untuk mengubah dan menambah peraturan pertandingan.
Yuran pertandingan Kelas 1 adalah sebanyak RM 15.00 untuk setiap patrol, termasuk sijil penyertaan dan cenderamata.
Kelas 2 – Memasak ala Moden (Modern Cooking)
Satu Patrol terdiri daripada 2 orang peserta
Satu Patrol diberi masa sebanyak 160minit untuk menyediakan hidangan untuk 2 orang, iaitu:
· Pembuka Selera
· Sup
· Hidangan Utama
· Pencuci Mulut
· Minuman
5 minit sebelum pertandingan bermula, bahan misteri akan diberikan kepada patrol. Bahan misteri adalah WAJIB digunakan untuk hidangan utama. Contoh bahan misteri : ikan, udang, ayam, dsb.
Jawatankuasa Pertandingan akan menyediakan bahan-bahan yang wajib digunakan seperti berikut:
Pasta
Ubi kentang
Pisang Emas
Telur
Bahan Misteri
Patrol dikehendaki membawa peralatan memasak (kuali, dapur gas, pinggan dsb.) sendiri. Maksimum hanya dua dapur gas (burners) dibenarkan.
Bahan perisa dan rempah serta sayur-sayuran adalah dibenarkan.
Markah akan diberi berdasarkan kebersihan, kreativiti, rasa, cara penyediaan makanan dsb.
Jawatankuasa Pertandingan berhak untuk mengubah dan menambah peraturan pertandingan.
Yuran pertandingan Kelas 1 adalah sebanyak RM 15.00 untuk setiap patrol, termasuk sijil penyertaan dan cenderamata.
Kelas 3 – Kawad Kaki (Asas Perbarisan)
Satu Patrol terdiri daripada 8 ahli Pengakap / Pandu Puteri (termasuk Komander).
Satu senarai arahan kawad akan diberikan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Patrol akan melakukan kawad kaki seperti yang disenaraikan.
Lapor Diri
Senang diri, Rehat diri dan sedia
Luluskan barisan
Hormat
Maju ke depan (15 langkah) dan tukar langkah
Pusingan - Ke kiri,kanan, belakang, depan
Hetak kaki
Ambil 1 langkah ke depan / belakang
Sebarang pergerakan yang dirasai perlu ( Bebas mengikut pasukan masing-masing)
Segala pergerakan perlu dijalankan dalam dua arah (menghadap pengadil dan menghadap ke kanan pengadil)
Masa yang diperuntukkan untuk kawad kaki adalah 7 minit.
Markah akan diberi berdasarkan kekemasan diri dan pakaian seragam, disiplin, keseragaman kawad kaki, laungan arahan dsb.
Jawatankuasa Pertandingan berhak untuk mengubah dan menambah peraturan pertandingan.
Yuran pertandingan Kelas 3 adalah sebanyak RM 10.00 untuk setiap patrol, termasuk sijil penyertaan dan cenderamata.
Kelas 4 – Kawad Kaki (Formasi - Tongkat)
Satu Patrol terdiri daripada 8 ahli Pengakap / Pandu Puteri (termasuk Komander).
Kawad formasi haruslah menggunakan Tongkat Pengakap.
Masa yang diperuntukkan untuk kawad kaki adalah 10 minit.
Markah akan diberi berdasarkan kekemasan diri dan pakaian seragam, disiplin, keseragaman kawad kaki, laungan arahan dsb.
Jawatankuasa Pertandingan berhak untuk mengubah dan menambah peraturan pertandingan.
Yuran pertandingan Kelas 4 adalah sebanyak RM 10.00 untuk setiap patrol, termasuk sijil penyertaan dan cenderamata.
Kelas 5 – Model Tapak Perkhemahan dan Gadjet
Satu Patrol terdiri daripada 2 ahli Pengakap / Pandu Puteri.
Masa yang diperuntukkan adalah adalah 120 minit.
Tema untuk Model Tapak Perkhemahan adalah – BROWNSEA ISLAND 1907.
Patrol bolehlah menyediakan tapak / base bersaiz 1 meter X 1 meter (maksimum) sebelum pertandingan. Ini termasuk lanskap (sungai, bukit, dsb.).
Bahan-bahan seperti buluh, rotan, tali boleh dipotong sebelum pertandingan.
Markah akan diberi berdasarkan kreativiti, kekukuhan gadjet dsb.
Jawatankuasa Pertandingan berhak untuk mengubah dan menambah peraturan pertandingan.
Yuran pertandingan Kelas 5 adalah sebanyak RM 10.00 untuk setiap patrol, termasuk sijil penyertaan dan cenderamata.
MAKLUMAT AM
1. Setiap Kumpulan / Sekolah adalah dialu-alukan menghantar sebanyak penyertaan yang boleh.
2. Setiap ahli wajib memakai pakaian seragam Pengakap / Pandu Puteri.
3. Untuk Pertandingan Kelas 1, 2, 3, 4 dan 5, sijil akan diberikan kepada setiap Patrol yang mendapat markah:
a) 60 – 69 Diploma
b) 70 – 79 Gangsa
c) 80 – 89 Perak
d) 90 – 100 Emas
4. 3 Patrol terbaik dalam Pertandingan Kelas 1, 2, 3, 4 dan 5 akan mendapat Anugerah Best Patrol, 1st Runner-Up dan 2nd Runner-Up.
5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 15hb SEPTEMBER 2008.
6. Sebarang bentuk komunikasi (senarai arahan kawad, maklumat terkini, dsb) akan dilakukan menerusi emel. Oleh yang demikian, setiap Patrol haruslah memberi alamat emel agar maklumat dapat dihantar dengan cepat.
7. Sebarang pertanyaan berkenaan Pertandingan Kelas 1, 2, 3, 4 dan 5 bolehlah menghubungi Jawatankuasa Pertandingan:
RSL Lim Horng Shuin
Telefon : +012 5288062 (selepas jam 7.00malam)
Emel : bmjota2008@yahoo.com
No comments:
Post a Comment