BM JOTA-JOTI 2008 FACEBOOK GROUP

Join us at BM JOTA-JOTI 2008

SIGN OUR GUESTBOOK!!

Do drop us a note at our Guestbook

Welcome to the 2008 Bukit Mertajam JOTA-JOTI blog. Feel free to browse around. Lookout for the schedules and last minute information! Contact us at bmjota2008[at]yahoo.com

The official website is at http://jotajoti.tripod.com

Thanks for dropping by..


Thursday, July 31, 2008

Invitation Letter / Surat Jemputan

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH BUKIT MERTAJAM

Wisma Pengakap Bukit Mertajam, 261 Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng , 14000 Bukit Mertajam.
Pesuruhjaya Pengakap : En. Tan Sow Sung
Telefon : 012-4100545 Faks : 04-5389475

Rujukan Kami : Bil.(5)dlm.PPM/DBM/2008
Tarikh : 20 Jun 2008
Kepada :
Kumpulan Pengakap/Pandu Puteri/Renjer Puteri,
Sekolah Menengah Yang Berkenaan.

Melalui :
Pengetua,
Sekolah Menengah Yang Berkenaan.

Tuan,
JAMBORI-DI-UDARA KE 51 DAN JAMBORI-DI-INTERNET SEDUNIA KE 12
51st WORLD JAMBOREE-ON-THE-AIR (JOTA) & 12th WORLDJAMBOREE-ON-THE-INTERNET (JOTI)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bukit Mertajam akan menganjurkan Jambori-Di-Udara 21 dan Jambori-Di-Internet Sedunia Ke 12 yang akan disertai oleh 500,000 orang pengakap dan pandu puteri serentak di seluruh dunia melalui perhubungan radio dan internet. Butir-butir penyertaan adalah seperti berikut :

2. Tarikh : 17 – 19 Oktober 2008
Lapor Diri : 7.00 – 8.00 malam 17.10.2008 (Jumaat)
Bersurai : 12.00 tengahari 19.10.2008 (Ahad)

3. Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Ya, Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

4. Bayaran : RM 30.00 setiap peserta
(Bayaran tidak termasuk makanan harian tetapi gerai jualan makanan dan minuman disediakan)
Peserta akan menerima :
(a) T-shirt JOTA
(b) Skaf JOTA
(c) Lencana Kain JOTA
(d) Wogel JOTA
(e) Lencana Cabaran JOTA
(f) Sijil Penyertaan JOTA
(g) Kad Penyertaan JOTA Sedunia
(h) Hadiah-hadiah untuk pemenang pelbagai pertandingan
(i) Cenderamata untuk setiap kumpulan pengakap dan pandu puteri

5. Cara Memohon : Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang yang dikepilkan.
Sila buat salinan fotostat yang mencukupi.

6. Cara Bayaran : Bayaran boleh dibuat secara Cek, Draf Bank atau Kiriman Pos.
Semua bayaran hendaklah dipalang atas nama Bendahari :
DEBBIE YEO SUE CHEN

Borang yang lengkap dan yuran pendaftaran hendaklah dihantarkan kepada :
DEBBIE YEO SUE CHEN
574C, Blok D11,
Jalan Gerbang Tuna, 13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang.
012-5179626
7. Tarikh Tutup : 19 September 2008


8. Perhubungan : Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ketua Kem :
Encik Wan Hock Thiam – Telefon : 016-4656408

9. Laman Web : jotajoti.tripod.com / bmjota2008.blogspot.com

Sekian, atas kerjasama dan sokongan pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP”

Saya yang menurut perintah,




(WAN HOCK THIAM)
Ketua Kem
Jambori Di Udara Dan Jambori Di Internet 2008
Bukit Mertajam

No comments: